:: LATAR BELAKANG PROJEK DAN PEMAJU ::

Secara keseluruhannya, projek hartanah yang dirancang akan melingkungi 1000 unit rumah termasuklah 300 unit Servis Apartment dan 52 unit Rumah Bandar Casa Gemilang.

Pemaju yang bertanggungjawab bagi melaksanakan projek Casa Gemilang ini adalah Capital Lane Sdn.Bhd. dan pengurus projek adalah Renown Structure Sdn.Bhd.

Di bawah adalah struktur lengkap syarikat dibawah GEMILANG EXCEL HOLDING SDN.BHD:

GEMILANG EXCEL HOLDING SB GROUP OF COMPANIES:

i) RENOWN STRUCTURE SDN.BHD.
ii) CAPITAL LANE SDN.BHD. (556598-H)
iii) FULL SERIES SDN.BHD.
iv) D-TECH ENGINEERING SDN.BHD.
v) SUN AGRICULTURE SDN.BHD.

JOINT VENTURE PARTNER:

i) KOPERASI KAKITANGAN MALAYSIA AIRPORT BERHAD (KOMAB)

Isnin, 23 Januari 2012

HIMPUNAN BAJU OREN DI KPKT DAMANSARA - SERAH MEMORANDUM

Pada 29hb Jun 2011, kumpulan haluan kiri VICTIMS telah mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan pejabat KPKT untuk menyerahkan Memorandum kepada Menteri Perumahan, Dato'Chor. BBCG juga turut serta untuk tampil menyerahkan memorandum yang telah diterima oleh Setiausaha Menteri Perumahan bersama Victims yang lain.

Malangnya, pihak Menteri dan juga KPKT langsung tidak meneliti dan menjawab dengan jelas isi kandungan memorandum yang dihantar dan memberikan maklumbalas yang saya kira hanya melepaskan batuk di tangga! Nampak sangat Menteri ataupun KPKT tidak berminat untuk menolong rakyat Casa Gemilang!



MEMORANDUM KEPADA KPKT / MENTERI PERUMAHAN

MAKLUMBALAS DARI KPKT / MENTERI PERUMAHAN




Tiada ulasan:

Catat Ulasan