:: LATAR BELAKANG PROJEK DAN PEMAJU ::

Secara keseluruhannya, projek hartanah yang dirancang akan melingkungi 1000 unit rumah termasuklah 300 unit Servis Apartment dan 52 unit Rumah Bandar Casa Gemilang.

Pemaju yang bertanggungjawab bagi melaksanakan projek Casa Gemilang ini adalah Capital Lane Sdn.Bhd. dan pengurus projek adalah Renown Structure Sdn.Bhd.

Di bawah adalah struktur lengkap syarikat dibawah GEMILANG EXCEL HOLDING SDN.BHD:

GEMILANG EXCEL HOLDING SB GROUP OF COMPANIES:

i) RENOWN STRUCTURE SDN.BHD.
ii) CAPITAL LANE SDN.BHD. (556598-H)
iii) FULL SERIES SDN.BHD.
iv) D-TECH ENGINEERING SDN.BHD.
v) SUN AGRICULTURE SDN.BHD.

JOINT VENTURE PARTNER:

i) KOPERASI KAKITANGAN MALAYSIA AIRPORT BERHAD (KOMAB)

Selasa, 1 Mac 2011

BHGN I: KRONOLOGI PROJEK DESA GEMILANG DAN CASA GEMILANG, SUNGAI PUSU, GOMBAK.

PEMAJU: 1.  KOPERASI KAKITANGAN MALAYSIA AIRPORT BERHAD (KOMAB)
PEMAJU: 2.  CAPITAL LANE SDN.BHD.

(KEDUA-DUA PEMAJU DIATAS TIDAK MEMPUNYAI LESEN PEMAJU YANG SAH)


TAHUN 2003

Projek DESA GEMILANG ( Rumah Teres 2 Tingkat) dan CASA GEMILANG (Servis Apartment & Rumah Bandar) dilancarkan dan dijual kepada orang ramai.


TAHUN 2005

FASA 1 DESA GEMILANG menghadapi masalah dan mendapat bantahan penduduk kampung kerana pihak pemaju (KOMAB) telah menjalankan projek tanpa menghiraukan kesan kepada alam sekitar dan juga kawasan kampung bersebelahan. Pemaju juga disyaki telah mengorek kawasan sehingga melebihi tanah sempadan hutan simpan kerajaan negeri Selangor.

- Surat bantahan dan komplen telahpun dihantar oleh penduduk kampong kepada pihak-pihak berkuasa namun tidak ada tindakan yang diambil ke atas pemaju.


TAHUN 2006

1.  Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengeluarkan notis Arahan memberhentikan aktiviti di tapak  projek kerana pemaju tidak mematuhi prosedur dan arahan yang ditetapkan oleh pihak MPS terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan cerun-cerun keselamatan bagi mengelak kejadian tanah runtuh.

- Pemaju tetap meneruskan kerja-kerja pembinaan Desa Gemilang tanpa menghiraukan notis berhenti kerja yang dikeluarkan oleh MPS.

2. Penghujung tahun 2006, pemaju baru memulakan kerja-kerja letupan batu di kawasan tapak CASA GEMILANG. 

- Pemaju memberikan alasan lewat mula kerja disebabkan sukar memperolehi kelulusan kerja-kerja untuk meletupkan batu daripada pihak MPS dan juga polis.


bersambung ....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan