:: LATAR BELAKANG PROJEK DAN PEMAJU ::

Secara keseluruhannya, projek hartanah yang dirancang akan melingkungi 1000 unit rumah termasuklah 300 unit Servis Apartment dan 52 unit Rumah Bandar Casa Gemilang.

Pemaju yang bertanggungjawab bagi melaksanakan projek Casa Gemilang ini adalah Capital Lane Sdn.Bhd. dan pengurus projek adalah Renown Structure Sdn.Bhd.

Di bawah adalah struktur lengkap syarikat dibawah GEMILANG EXCEL HOLDING SDN.BHD:

GEMILANG EXCEL HOLDING SB GROUP OF COMPANIES:

i) RENOWN STRUCTURE SDN.BHD.
ii) CAPITAL LANE SDN.BHD. (556598-H)
iii) FULL SERIES SDN.BHD.
iv) D-TECH ENGINEERING SDN.BHD.
v) SUN AGRICULTURE SDN.BHD.

JOINT VENTURE PARTNER:

i) KOPERASI KAKITANGAN MALAYSIA AIRPORT BERHAD (KOMAB)

Selasa, 1 Mac 2011

BHGN II: KRONOLOGI PROJEK DESA GEMILANG DAN CASA GEMILANG, SUNGAI PUSU, GOMBAK.

TAHUN 2007

1. Menteri Besar Selangor, Dato Seri Khir Toyo telah mengadakan lawatan mengejut ke tapak projek DESA GEMILANG

- 26 unit rumah diarahkan runtuh untuk dijadikan “buffer zone” antara kawasan projek dan empangan.
- Arahan MPS untuk pembinaan cerun-cerun keselamatan tidak dihiraukan
- Pemaju dikenakan denda RM250,000.00 dan denda-denda yang lain.

2. Pemaju masih meneruskan kerja-kerja pembinaan DESA GEMILANG (Fasa 1&2) tetapi menghentikan kerja-kerja pembinaan untuk CASA GEMILANG.

- Pemaju berdegil tidak mahu meruntuhkan 26 unit rumah speerti yang diarahkan.

3. Pada ketika ini, pemaju telah mengutip bayaran progress sehingga 30% namun hanya beberapa tiang yang ada untuk satu blok servis apartment sahaja. Tiada pembinaan langsung untuk Rumah Bandar.


TAHUN 2008


1. Pembeli CASA GEMILANG membuat aduan ke MPS, KPKT dan LPHS namun tiada jalan penyelesaian. Pemaju sekadar berdiam diri dan tidak mahu mengadakan sessi rundingan bersama pembeli-pembeli mahupun kerajaan negeri. Pemaju hanya memberikan alas an mendapat arahan berhenti kerja daripada MPS tetapi dalam masa yang sama tetap meneruskan kerja-kerja pembinaan DESA GEMILANG Fasa 2.

2. Pemaju masih tidak menjalankan apa-apa kerja terhadap pembinaan dan penyelenggaraan cerun keselamatan seperti yang diminta oleh MPS.

3. Pemaju enggan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk meneruskan semula projek pembinaan CASA GEMILANG.


TAHUN 2009

1. Pemaju memberitahu bahawa MPS telah menarik semula arahan berhenti aktiviti di tapak dan akan menyambung semula kerja-kerja pembinaan CASA GEMILANG di samping meneruskan kerja-kerja pembinaan DESA GEMILANG Fasa 2 dengan lebih giat lagi. Namun pemaju gagal menunjukkan salinan surat penarikan semula arahan berhenti aktiviti oleh MPS.

2. Pemaju meminta pihak pembiaya (Bank dan Perbendaharaan) membayar progress seterusnya (10%).

- Pembeli telah meminta pihak bank menjalankan siasatan semula terhadap tuntutan pemaju dan beberapa bank telah mengesahkan pemaju memang tidak menepati syarat-syarat tuntutan progress berjumlah 40% bermula daripada awal tahun 2003. Oleh itu, beberapa bank tersebut telah menggantung pengeluaran seterusnya kepada pemaju.
- Pemaju telah bertindakbalas secara kejam kepada pembeli di bawah bank tersebut dengan menamatkan perjanjian jual beli walaupun mereka sendiri gagal membuktikan kesahihan kesemua 40% progress yang dituntut.
- Terdapat juga beberapa bank dan pihak perbendaharaan yang tetap mengeluarkan pengeluaran seterusnya (10%) kepada pemaju tanpa menjalankan apa-apa siasatan walaupun telah diminta oleh pembeli.

3. Pihak kerajaan negeri melalui konsultan yang dilantik telah cuba mengadakan perundingan dengan pemaju bagi membiayai dan menyambung semula projek namun pemaju berdegil tidak mahu bekerjasama dengan sesiapa pun. Namun begitu, pemaju memberikan alas an kepada pembeli bahawa kewangan yang tidak kukuh menyebabkan projek CASA GEMILANG tidak boleh diteruskan walaupun bayaran progress sebanyak 30%-40% telah dikutip.


TAHUN 2010


1. Lantaran sikap pemaju yang tidak mahu berunding dengan sesiapa dan sewenang-wenangnya menamatkan perjanjian jual beli pembeli, ada diantara pembeli yang telah mengambil keputusan menamatkan pinjaman sedia ada dan membeli rumah yang lain.

2. Ada juga pembeli yang teah mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju dan meminta pemaju memulangkan semula bayaran progress setelah ternyata pemaju dan projek yang dijalankan tidak menepati syarat-syarat oleh MPS, Pejabat Tanah dan juga pihak pembiaya.

3. Sehingga ke saat ini, pemaju masih tidak menjalankan apa-apa kerja terhadap pembinaan dan penyelenggaraan cerun keselamatan seperti yang diminta oleh MPS.

4. Oleh itu, aduan telah dibuat kepada pihak kerajaan (Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara) bagi menyelesaikan masalah pembeli secara:

- Mengambil alih projek CASA GEMILANG tanpa membebankan pembeli-pembeli yang ternyata telah mengalami kesusahan kerana terpaksa membayar sewa rumah yang didiami sekarang dan juga membayar ansuran bulanan rumah yang tidak wujud, ATAUPUN

- Menggunakan kuasa pihak kerajaan untuk mengarahkan pemaju memulangkan kesemua bayaran progress kepada pembeli diatas ketidakadilan yang dilakukan selama ini, tidak menepati syarat-syarat pihak berkuasa dan tidak berkelayakan sebagai pemaju hartanah yang jujur dan berwibawa.


TAHUN 2011



1. Pembeli Casa Gemilang mengadakan piket aman di hadapan pejabat pemaju pada 18hb Januari 2011 setelah hilang tempoh bersabar dan bosan dengan sikap pemaju yang keras kepala.

- Pemaju akhirnya bersetuju untuj memulangkan bayaran deposit dan progress kepada pembeli-pembeli Casa Gemilang yang masih hidup S&P.
- Pemaju berkeras tidak mahu refund bayaran kepada pembeli-pembeli yang telah ditamatkan S&P.

2. Pembeli yang masih hidup S&P telah dipanggil oleh pemaju untuk prosess pemulangan bayaran deposit dan progress.

- Walaubagaimanapun, pemaju sekali lagi cuba menipu pembeli dengan mengarahkan pembeli menandatangani “Deed of Rescission and Revocation” yang nyata hanya memihak kepada pemaju dan tiada perjanjian yang jelas bagaimana pemaju akan membayar semula kepada pihak pembiaya.
- Pemaju berkeras tidak mahu mengeluarkan “Notis projek terbengkalai atau pengesahan projek tidak diteruskan” terlebih dahulu sebelum pembeli menandatangani DORAR tersebut.

3. Pembeli membuat aduan kepada pihak PPIM untuk mendapatkan bantuan bagi memperjuangkan hak pembeli yang juga sebagai pengguna. Kesemua pembeli Casa Gemilang juga sebenarnya dalah beragama Islam.

4. Pembeli Casa Gemilang bersepakat untuk melantik peguam bagi tuntutan pemulangan semua bayaran dan kerugian yang ditanggung :

- Pembeli yang masih aktif S&P
- Pembeli yang telah ditamatkan S&P oleh pemaju
- Pembeli yang sukarela menamatkan S&P 


5. Badan Bertindak Casa Gemilang (BBCG) telah secara rasminya menjadi ahli kepada Persatuan Bangunan Terbengkalai Malaysia (Victims) pada Februari 2011.



6. 29hb Jun 2011 BBCG bersama VICTIMS menyerahkan Memorandum kepada Menteri Perumahan, Dato Chor di hadapan bangunan KPKT, Damansara.

- surat maklumbalas yang diberikan oleh KPKT amatlah mendukacitakan di mana isi kandungan surat langsung tidak dijawab!

   ... akan dikemaskini dari semasa ke semasa ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan