:: LATAR BELAKANG PROJEK DAN PEMAJU ::

Secara keseluruhannya, projek hartanah yang dirancang akan melingkungi 1000 unit rumah termasuklah 300 unit Servis Apartment dan 52 unit Rumah Bandar Casa Gemilang.

Pemaju yang bertanggungjawab bagi melaksanakan projek Casa Gemilang ini adalah Capital Lane Sdn.Bhd. dan pengurus projek adalah Renown Structure Sdn.Bhd.

Di bawah adalah struktur lengkap syarikat dibawah GEMILANG EXCEL HOLDING SDN.BHD:

GEMILANG EXCEL HOLDING SB GROUP OF COMPANIES:

i) RENOWN STRUCTURE SDN.BHD.
ii) CAPITAL LANE SDN.BHD. (556598-H)
iii) FULL SERIES SDN.BHD.
iv) D-TECH ENGINEERING SDN.BHD.
v) SUN AGRICULTURE SDN.BHD.

JOINT VENTURE PARTNER:

i) KOPERASI KAKITANGAN MALAYSIA AIRPORT BERHAD (KOMAB)

Rabu, 2 Mac 2011

Komuniti Kini

PEMBELI RUMAH TERBENGKALAI GOMBAK TERIMA PAMPASAN DARIPADA PEMAJU

by Fadzly Esa on 19 Jan, 2011


Syarikat pemaju Capital Lane Sdn Bhd – kontraktor yang gagal menyiapkan projek perumahan terbengkalai sejak 2003 bersetuju untuk memulangkan wang pendahuluan sebanyak RM30,000 hingga RM45,000 dengan memberi notis tujuh hari bekerja kepada 77 orang pembeli.


Pengurus pentadbirannya, Azman Rosdi berkata persetujuan itu dicapai setelah mengadakan perjumpaan tertutup selama setengah jam bersama wakil pembeli diketuai oleh pengerusi persatuan Badan Bertindak Casa Gemilang (BBGC), Jaafar Ismail.

“Pada perjumpaan itu saya menceritakan kepada mereka kronologi kenapa projek perumahan dihentikan.Kita dalam ketidakupayaan meneruskan projek kerana mengalami masalah kewangan disebabkan ramai pembiaya bank tarik diri.Kita ambil keputusan pulangkan kembali wang dan menyerahkan notis kepada pembeli. Itu janji kami,” katanya dihubungi Komunitikini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, pihaknya sedang mengemaskini data senarai nama pembeli berdasarkan perjanjian sewa beli bersama syarikat pemaju.

Menurutnya, bagaimanapun jumlah pemberian wang pendahuluan bergantung kepada setiap pembeli mengikut harga asal RM95,000 hingga RM125,000 sekitar tahun 2003 hingga 2005.

“Kita akan bayar secara berperingkat, kita faham bebanan dihadapi penduduk kerana terpaksa menyewa rumah.

“Saya berharap pembeli tidak mengenakan apa-apa syarat membebankan kepada pemaju,” katanya merujuk sekiranya pemaju gagal membayar dan memberikan notis kepada pembeli selepas tujuh hari seperti dijanjikan.

Dalam protes semalam, seramai 30 penduduk persatuan BBCG berhimpun secara aman dan diam kira-kira jam 9.30 pagi di luar perkarangan pejabat syarikat kontraktor terbabit.

Persatuan itu menuntut pemaju syarikat supaya menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai servis apartmen dan rumah dijanjikan pemaju sejak 2003.

Mereka memegang kain rentang dan sepanduk antaranya tertulis `kami mangsa penipuan projek terbengkalai`.

Selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil syarikat pemaju, mereka kemudiannya bersurai kira-kira jam 11.45 tengahari.

Persatuan itu menggesa pemaju kontraktor mengembalikan keadilan kepada semua pembeli projek perumahan merangkumi 200 unit servis apartmen dan 52 unit rumah bandar di Gombak.

Dipetik dari:  Komuniti Kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan