:: LATAR BELAKANG PROJEK DAN PEMAJU ::

Secara keseluruhannya, projek hartanah yang dirancang akan melingkungi 1000 unit rumah termasuklah 300 unit Servis Apartment dan 52 unit Rumah Bandar Casa Gemilang.

Pemaju yang bertanggungjawab bagi melaksanakan projek Casa Gemilang ini adalah Capital Lane Sdn.Bhd. dan pengurus projek adalah Renown Structure Sdn.Bhd.

Di bawah adalah struktur lengkap syarikat dibawah GEMILANG EXCEL HOLDING SDN.BHD:

GEMILANG EXCEL HOLDING SB GROUP OF COMPANIES:

i) RENOWN STRUCTURE SDN.BHD.
ii) CAPITAL LANE SDN.BHD. (556598-H)
iii) FULL SERIES SDN.BHD.
iv) D-TECH ENGINEERING SDN.BHD.
v) SUN AGRICULTURE SDN.BHD.

JOINT VENTURE PARTNER:

i) KOPERASI KAKITANGAN MALAYSIA AIRPORT BERHAD (KOMAB)

Rabu, 2 Mac 2011

Harian Metro

352 PEMBELI LEGA

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

GOMBAK: Penantian selama tujuh tahun untuk mendapatkan kepastian mengenai status rumah terbengkalai oleh 352 pembeli pangsapuri servis dan rumah bandar Casa Gemilang di sini terjawab apabila pemaju memutuskan untuk membayar kembali wang pendahuluan pembeli dan menghentikan pembinaan projek berkenaan.
Keputusan itu nyata melegakan pembeli kerana pemaju projek yang bermula pada 2003 itu menghadapi beberapa masalah termasuk kewangan dan terma pembinaan diubah pihak berwajib memaksa ia tertangguh dan tidak dapat disiapkan mengikut jadual.

Pengurus Projek berkenaan, Azman Rosdi berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk bersemuka dengan pembeli kerana berasakan sudah sampai masanya masalah itu diselesaikan kerana ia berlanjutan sejak sekian lama tanpa sebarang kata putus.

“Kami memutuskan untuk tidak menyambung projek berkenaan di atas beberapa sebab antaranya masalah kewangan yang berpunca daripada kos bahan pembinaan yang meningkat selain beberapa pindaan pada terma asal projek terbabit.

“Jadi, kami akan keluarkan notis pembayaran balik wang pembeli dalam masa tujuh hari dan satu pertemuan empat mata dengan pembeli terbabit akan diaturkan dalam masa terdekat bagi menjelaskan segala masalah yang berlaku dan jalan keluar sudah diputuskan,” katanya kepada pemberita selepas bertemu wakil pembeli yang mengadakan piket aman dan diam mendesak pemaju menyiapkan projek itu di sini, semalam.

Azman berkata, pihaknya berharap segala kekusutan berhubung isu berkenaan selesai kerana selama ini mereka berusaha menyelesaikan perkara itu dengan pihak berwajib termasuk kerajaan negeri menerusi Lembaga Pengurusan Hartanah Selangor (LPHS).

Katanya, sejak lima tahun lalu, pihaknya membuat rayuan kepada kerajaan negeri untuk membatalkan semula arahan pemberhentian kerja pada Mac 2006 kerana mendakwa pemaju melanggar syarat ditetapkan iaitu membaiki cerun dan struktur di tapak pembinaan berkenaan.

“Apabila arahan itu ditarik balik pada 2009, pemaju menghadapi masalah dengan bank yang tidak mahu membiayai projek berkenaan mengakibatkan segalanya tertangguh sehingga sekarang.

“Selain itu, kira-kira 60 peratus pembeli menarik diri menyebabkan kita tidak mampu menanggung kos pembinaan pada peringkat awal, pembeli bersetuju membiayai pembinaan dan segala bayaran kepada pemaju dibuat mengikut fasa projek,” katanya.

Dipetik dari:  Harian Metro

Keratan akhbar 19 JANUARI 2011 (Rabu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan